Permohonan Urusan Tanah (MyeTapp)

9 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Mei 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Permohonan Urusan Tanah (MyeTapp) di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Staf NADI memberi garis panduan kepada peserta cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru MyeTapp. Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf NADI menunjukkan cara untuk mengisi maklumat pemohon serta melengkapkan borang A, yang memerlukan pengisian maklumat untuk kategori harta alih dan harta tak Alih oleh waris yang terlibat. Peserta perlu memastikan maklumat yang diisi tepat dan lengkap.

Kembali Ke Atas

kembali