Permohonan Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan

10 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Mei 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Pemohonan Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Pada kali ini staf NADI membantu peserta bagi pendaftaran permohonan bantuan Warga Emas Negeri Sembilan yang berumur 70 tahun ke atas. Staf NADI memberi garis panduan kepada peserta untuk mendaftarkan warga emas secara atas talian. Selain daripada itu, peserta perlu mengimbas dokumen tersebut. Dokumen yang diperlukan harus dimuat naik terlebih dahulu dengan lengkap sebelum membuat penghantaran borang tersebut secara atas talian.

Kembali Ke Atas

kembali