Pendaftaran Tahun 1

22 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Tahun 1” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang.

Staf NADI membantu peserta dalam pendaftaran murid tahun 1 secara atas talian. Peserta perlu mendaftar ke dalam sistem serta melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti maklumat ibu, bapa atau penjaga, maklumat kesihatan anak dan maklumat anak. Setelah itu, pemohon perlu memilih sekolah pilihan untuk anak dan membuat penghantaran borang secara atas talian. kemudian peserta boleh mencetak borang untuk dihantar ke sekolah.

Kembali Ke Atas

kembali