Kemaskini Sistem Pengurusan Tanah (MyeTapp)

25 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Kemaskini Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp) di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Staf NADI memberi garis panduan kepada peserta untuk kemaskini maklumat waris dan harta tak alih serta harta alih dalam sistem MyeTapp. Setelah selesai membuat kemaskini, peserta boleh mendapatkan nombor rujukan dengan menghantar borang tersebut secara atas talian.

Kembali Ke Atas

kembali