Tiktok Live KDB Talk “Cipta Kata laluan yang Kukuh”

27 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2024, telah diadakan sesi Tiktok Live KDB Talk Mengenai “Cipta Kata laluan yang kukuh” di saluran Tiktok Live. Sesi live ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi Live KDB Talk ini telah disampaikan oleh staf NADI kepada pengguna tiktok yang lain. Staf PEDi memberi penerangan mengenai tips mencipta kata laluan yang kukuh dengan menggabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor dan symbol. Staf NADI turut menyarankan kepada pengguna untuk membuat katalaluan yang berbeza untuk setiap akaun perbankan, social media dan lain-lain akaun yang memerlukan katalaluan. Pengguna juga dingatkan supaya tidak mendedahkan katalaluan tersebut sesiapa. Di samping itu, pengguna juga diingatkan untuk membuat semakan pada katalalaun dan memastikan kata laluan mempunyai 4 ciri-ciri tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali