Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol

12 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2024, NADI Felda Pasoh 2 Terlibat dengan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program ini dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Lebih daripada 2000 pengunjung hadir bagi memeriahkan program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol. Antara aktiviti Dijalankan adalah Larian utk negara 5km, Berjalan Ria MADANI 3km, Aerobicthon, Cabaran Explorace, Pertandingan Kolaj Bersama Keluarga, Pameran Agensi- agensi, Pemeriksaan kesihatan, talk santai "Hati-hati dengan sammer" daripada (MIV) NADI Felda Pasoh 2, Persembahan Gendang Cina, Persembahan Silat dan Persembahan Taekwando. Program dirasmikan oleh YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Kawasan Palong & ADUN angkat DUN Serting. Terima kasih kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol kerana memberi slot kepada Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) untuk turut serta dalam program ini.

Kembali Ke Atas

kembali