Kelas ICT (Tema: Bulan Kemerdekaan)

4 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Ogos 2024, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Kelas ICT yang bertemakan bulan Kemerdekaan)” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi pembelajaran kali ini bersama peserta sekolah rendah. Peserta belajar mengenai penggunaan microsoft word. Peserta belajar memasukkan gambar ke dalam Microsoft word dan cara membuat carian gambar yang berkualiti di platform google. Peserta perlu menyusun gambar yang bertemakan kemerdekaan dengan kemas dan teratur. Di samping itu, peserta diberi tugas secara berkumpulan untuk mencorakkan t-shirt putih dengan Tema kemerdekaan bagi tahun 2024. Dalam aktiviti tersebut peserta bekerjasama dan menunjukkan kreativiti masing-masing untuk menyiapkan design Kemerdekaan pada tshirt tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali