Permohonan Nikah atas Talian

6 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Ogos 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Permohonan Nikah atas Talian” di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada kali ini staf PEDi membantu peserta membuat pendaftaran ke dalam sistem Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Di samping itu juga, staf PEDi memberi garis panduan kepada Peserta tentang cara pengisian borang perkahwinan atas talian, maklumat yang perlu diisi dan setelah selesai peserta perlu mencetak borang tersebut dan menyimpan nombor rujukan SPPIM untuk sebarang kemaskini maklumat sekiranya pembetulan maklumat perlu dilakukan oleh peserta.

Kembali Ke Atas

kembali