Program Komuniti dan Jiwa MADANI Parlimen Kuala Pilah

12 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 10 dan 11 Ogos 2024, telah berlangsungnya Program Program Kita MADANI Dan Jiwa Komuniti MADANI Parlimen Kuala Pilah bertempat Di Dataran Kuala Pilah. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program berjalan antaranya Senam Robik, jualan rahmah, Saringan kesihatan, Program Taklimat Agensi, Pertandingan mewarna, Pameran agensi, Explorace Berkumpulan Komuniti MADANI, booth pertaniaan, servis minyak hitam percuma, bengkel pembuatan dodol dan jualan para penjaja.

Petugas NADI terlibat di booth MCMC dan telah menjalankan aktiviti Klik dengan Bijak (KDB) dan menyampaikan informasi berkaitan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Antara aktiviti yang dijalankan di booth MCMC antaranya Permainan fizikal seperti Roda Impian KDB, Cari yang sama, Puzzle KDB, Padankan warna dan Celik Rimba. Selain itu, terdapat juga permainan atas talian, iaitu Crossword KDB, Match Up KDB, Anagram KDB dan Jigsaw Puzzle KDB. Di samping itu, terdapat juga jualan produk-produk usahawan di bawah NADI. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Adnan bin Abu Hassan, ahli Parlimen Kuala pilah.

Kembali Ke Atas

kembali