Kelas ICT (Soft Skill dan KDB Games)

24 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2024, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Kelas Soft Skill dan KDB Games” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Pada kali ini kelas soft skill iaitu kerjasama dalam kumpulan. para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk bermain permainan telefon rosak. Cara permainan adalah setiap ketua kumpulan perlu mengambil kertas yang mengandungi ayat keselamatan di internet kemudian perlu menghafal dan memberitahu ahli kumpulan lain mengikut turutan dan ahli yang terakhir perlu menyebut ayat tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga permainan "teka perkataan". cara permainan permainan, peserta perlu bermain secara beregu, seorang perlu menutup telinga untuk teka perkataan dan seorang lagi perlu membuat gaya. Setiap permainan memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan.

Kembali Ke Atas

kembali