Program Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 67 Felda Pasoh 2

29 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2024, telah diadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 67 Felda Pasoh 2. Program ini berlangsung dari jam 7.15 pagi hingga 11.30 pagi. Bertempat di Dewan Budaya Felda Pasoh 2.

NADI Felda Pasoh 2 merupakan salah satu agensi yang terlibat berkolaborasi bersama organisasi-organisasi di Felda Pasoh 2 yang dianjurkan oleh pengurusan Felda Pasoh 2. Staf NADI turut dijemput sebagai juri bagi pertandingan mewarna kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik dan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan, perarakan Merdeka, pertandingan pakaian berhias Merdeka, pertandingan basikal berhias Merdeka, dan bertandingan sepanduk terbuka bagi semua organisasi. Bagi kanak-kanak Tabika KEMAS dan juga Prasekolah, pertandingan mewarna telah diadakan. Seterusnya, acara sukaneka bagi kategori terbuka, sekolah rendah dan sekolah menengah seperti pertandingan Tarik Upih. Anyam Ketupat dan cari barang tersembunyi. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Mohd Razi merupakan ADUN Sungai Lui. Acara penutup ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang serta cabutan nombor bertuah.

Kembali Ke Atas

kembali