Touch Typing Keyboard Training & STEM (Rangsangan Otak Kiri dan Otak Kanan)

9 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 08 September 2024, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Touch Typing Keyboard Training & Stem (Rangsangan Otak Kiri Dan Otak Kanan)” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Para Peserta kali ini diberi latihan "touch typing keyboard Training" bagi memastikan peserta mahir dan ingat untuk letakkan jari yang sepatutnya pada papan kekunci. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan dengan aktivti STEM iaitu aktiviti rangsangan otak kiri dan kanan menggunakan kacang hijau, mangkuk dan sudu. Para peserta perlu memindahkan kacang tersebut ke dalam mangkuk dengan menggunakan tangan kanan dan tangan kiri.

Kembali Ke Atas

kembali