Misi Jelajah eKelas 2024

20 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September 2024, telah diadakan sesi pembelajaran secara atas talian melalui Misi Jelajah eKelas 2024 di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Staf NADI membantu peserta untuk mendaftar ke dalam portal eKelas melalui portal DELIMA. Peserta belajar secara “Live” bersama cikgu eKelas. Antara subjek yang disediakan oleh eKelas adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, sains dan matematik. Melalui portal eKelas ini, peserta dapat belajar pada bila-bila masa dengan mengakses portal eKelas tersebut. Di samping itu, peserta yang menyertai eKelas, mereka berpeluang untuk mendapatkan ganjaran melalui portal dan dapat menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak Maxis eKelas. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mendapatkan markah kokurikulum sekolah melalui eKelas.

Kembali Ke Atas

kembali