Aplikasi Camscanner

23 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Aplikasi Camscanner” di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Staf NADI membantu peserta untuk penggunaan aplikasi camscanner di telefon pintar. Peserta perlu memasang aplikasi camscanner pada telefon pintar. Setelah itu, staf NADI menunjukkan cara untuk mengimbas dokumen menggunakan aplikasi camscanner tersebut. Di samping itu, staf NADI turut mengajar cara untuk “Rename” dokumen yang telah di imbas oleh aplikasi camscanner. Staf NADI memberi tunjuk ajar cara menghantar dokumen daripada aplikasi camscanner ke aplikasi lain.

Kembali Ke Atas

kembali