Pengenalan Kepada Email & Pengenalan Kepada Blog
11 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 10 Jun 2017 telah diadakan kelas Pengenalan email dan pengenalan kepada blog. Peserta kali ini terdiri daripada adik-adik berumur 18 tahun ke bawah.
Pada permulaan, adik-adik perlu membuka akaun gmail untuk membuat blog. Adik-adik telah membuka akaun email (gmail). Pembelajaran seterusnya adalah mengenai blog. Sebelum adik-adik membuat blog, mereka mesti mengetahui maksud blog dan fungsi blog terlebih dahulu. Setelah itu, adik-adik boleh mencipta blog sendiri. Dalam Sesi menghasilkan blog, mereka juga turut diajar untuk memilih design blog, cara-cara mengubah layout blog dan cara-cara untuk post kisah dalam blog mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: