Kemudahan Awam
Bangunan GPW felda Pasoh 2
Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) merupakan kemudahan yang diberikan kepada penduduk di Pasoh 2 khususnya kepada golongan wanita untuk menjalankan aktiviti. Puan Salamiah bt Rashid merupakan Pengerusi GPW Pasoh 2 yang bertanggungjawab memantau segala aktiviti yang dijalankan di sini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disini antaranya kelas fardhu ‘ain, kelas berzanji dan lain-lain lagi.
Masjid Al-Huda Felda Pasoh 2
Masjid Al-Huda merupakan tempat ibadat bagi penduduk Pasoh 2 keseluruhannya beragama Islam. Terdapat pelbagai aktiviti keagamaan yang dijalankan di masjid seperti kelas tajwid, tadarus, ceramah agama dan sebagainya. Di perkarangan masjid ini juga terdapat bangunan yang dijadikan sekolah agama bagi pelajar-pelajar sekolah rendah.
Dataran Budaya felda Pasoh 2 / padang awam
Dataran budaya Felda Pasoh 2 atau lebih dikenali sebagai padang awam Pasoh 2 memberi kemudahan kepada penduduk Pasoh 2 melakukan pelbagai aktiviti seperti program kemasyarakatan ,ceramah, sukan dan lain-lain lagi.
Dewan Budaya Felda Pasoh 2
Dewan budaya Felda Pasoh 2 banyak memberi kemudahan kepada penduduk Pasoh 2. Terdapat pelbagai program yang boleh dijalankan di sini antaranya ialah senaman, jualan-jualan dan majlis seperti majlis perkahwinan dan lain-lain lagi.
Pondok Rela
Pondok Rela Felda Pasoh 2 merupakan satu inisiatif untuk menjaga keselamatan penduduk. Pegawai Rela akan mengawal dan menjaga keselamatan penduduk felda pasoh 2 terutama pada waktu malam.
D’Mart Felda Pasoh 2
D’Mart Felda Pasoh 2 merupakan tempat yang memberi kemudahan kepada penduduk membeli barang keperluan seperti barang-barang runcit dan keperluan harian yang lain.
Kompleks Sukan Semai Bakti Felda Pasoh 2
Kompleks Sukan Semai Bakti Felda Pasoh 2 menyediakan kemudahan gelanggang futsal, badminton dan aktiviti sukan yang lain. Para penduduk boleh menjalankan aktiviti riadah dengan selesa dengan adanya kemudahan seperti ini.
Pejabat Felda Pasoh 2
Pejabat Felda Pasoh 2 diterajui oleh Encik Aziz Bin Md Isa selaku Pengurus Felda Psoh 2. Ia berperanan menguruskan kerja-kerja yang berkaitan komuniti dan institusi peneroka. Penekanan diberikan kepada aspek kepimpinan dan penyatuan serta pembangunan modal insan, bertujuan untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup kepada seluruh warga peneroka. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat Felda PAsoh 2 ditalian 06-4962801.
Pusat Khidmat Komuniti (PDK) Felda Pasoh 2 & 3
Pusat Khidmat Komuniti (PDK) Felda Pasoh 2 & 3 adalah pusat komuniti untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terdiri daripada penduduk Felda Pasoh 2 dan 3. Tempat ini menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada. meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum dan membantu OKU supaya boleh menjalankan kehidupan sebagai orang biasa. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi PDK Pasoh 2 & 3 ditalian 06-4961697.
Klinik Desa Pasoh 2
Klinik Desa Pasoh 2 merupakan kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi ini berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah. Klinik ini dibuka bermula 8 pagi hingga 5 petang daripada hari Isnin hingga Jumaat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Klinik Desa Pasoh 2 ditalian 06-4961903.