Rekreasi Dan Pelancongan
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) PASOH
Sejak tahun 1970 hingga 1974, Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh (SPF Pasoh) menjadi tapak penyelidikan intensif ekologi dan dinamik hutan hujan pamah di bawah projek penyelidikan bersama Universiti Malaya dan International Biological Programme (IBM).
Tarikan utama Hutan Simpan Pasoh adalah kepelbagaian floranya. Sebanyak 335,256 batang pokok berdiameter 1 sm dbh (diameter at breast height) dan ke atas, tergolong dalam 814 spesies, 294 genera dan 78 famili telah direkodkan didalam kawasan berkeluasan 50 hektar. Di samping itu juga, terdapat Canopy walk yang menjadi tarikan pengunjung yang datang melawat kawasan FRIM.
Sebagai sebuah hutan terpencil dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan kawasan guna tanah lain, pembentukan jurang hutan, akibat tiupan angin yang mematahkan dahan pokok besar atau kumpulan bokok adalah merupakan ciri yang biasa terdapat di Pasoh. Untuk maklumat lanjut mengenai FRIM Pasoh boleh hubungi 03-62797268.