Pengenalan Publisher, E-Learning (Education Games) and Multimedia
15 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 14 Mei 2017 telah diadakan kelas Pengenalan Microsoft publisher, E-Learning and Multimedia. Peserta kali ini terdiri daripada adik-adik yang berumur 9 hingga 10 tahun.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, selama 4 jam bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Pengenalan Microsoft publisher adalah sambungan kepada pembelajaran pada sebelum ini. Kali ini, adik-adik diajar cara-cara membuat kad hari Ibu menggunakan templete yang ada dalam Microsoft publisher. Di samping itu juga, terdapat aktiviti sampingan untuk adik-adik iaitu E- Learning- Education Games untuk subjek matematik dan Bahasa inggeris. Selain itu, tayangan multimedia mengenai video pendek kisah kasih seorang ayah telah diperlihatkan kepada adik-adik.Setelah selesai tayangan, sesi perbincangan mengenai pengajaran yang terdapat dalam video tersebut bersama adik-adik yang hadir ke kelas ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: