Advokasi - Sebenarnya.My (Tak Pasti Jangan Kongsi)
19 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 18 Jun 2017 telah diadakan kelas Sebenarnya.My (Tak Pasti Jangan Kongsi). Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, selama 1 jam bermula dari 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Kelas advokasi ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai website sebenarnya.my. Seperti sedia maklum penyebaran maklumat palsu di sosial media sering berlaku tanpa memastikan maklumat itu benar atau palsu. Peserta telah diberi penerangan mengenai sebenarnya.my bagi memastikan kesahihan maklumat yang menjadi viral di sosial media. Peserta telah melayari sendiri website sebenar.my bagi memberi kefahaman mengenai maklumat yang tidak sahih di sosial media. Di samping itu juga, peserta telah diajar cara-cara untuk muat turun aplikasi sebenarnya.my pada telefon mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: