E-Usahawan - Blog Menjana Pendapatan
19 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 18 Jun 2017 telah diadakan kelas E-Usahawan-Blog Menjana Pendapatan. Kelas ICT kali ini adalah permintaan daripada adik-adik berumur 15 -16 tahun.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, selama 2 jam bermula dari 11.00 pagi hingga 1.00 petang. E-Usahawan-Blog Menjana Pendapatan merupakan pembelajaran kepada adik-adik yang berminat untuk menjana pendapatan melalui blog mereka. Dalam sesi pembalajaran kali ini, mereka perlu membuat personal blog terlebih dahulu termasuklah memilih nama blog, design dan layout blog mereka. Kemudian, mereka perlu post cerita mereka di dalam blog. Kemudian mereka perlu share dan beritahu kepada orang ramai mengenai kewujudan personal blog mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: