Pengenalan Microsoft Word
20 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 19 Mei 2017 telah diadakan kelas Pengenalan Microsoft word. Peserta kali ini terdiri daripada adik-adik yang berumur 7 hingga 8 tahun.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2. Kelas ini merupakan sambungan kepada pembelajaran yang lepas. Adik-adik telah mempelajari cara-cara membuat wordart, memasukkan bolder, menukar warna tulisan, menukar tulisan dan saiz tulisan, megubah warna kertas dan memasukkan bentuk. Adik-adik juga turut diberi kuiz mengenai Microsoft word sebelum kelas tamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: