Program Bersama TABIKA KEMAS Felda Pasoh 2 (E-Learning- Education Games & Multimedia)
20 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2017, PI Pasoh 2 telah menerima kunjungan dari Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Program bersama adik-adik tabika ini bermula dari 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Pembelajaran untuk adik-adik tabika KEMAS kali ini adalah pembelajaran melalui Multimedia video menari dan menyanyi. Melalui video lagu kanak-kanak islam, didi & friends dan Hi 5.
Selain itu, adik-adik turut belajar melalui E-Learning melalui education games seperti menyusun abjad ABC, mengenal warna dan nombor dan menyusun gambar berdasarkan perkataan.
Semoga adik-adik tabika KEMAS seronok untuk datang belajar di PI pada masa akan datang. Terima kasih kepada Cikgu Tabika KEMAS, Puan Norlida yang sudi membawa adik-adik datang belajar ICT di PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: