Pengenalan & Ulangkaji kepada Microsoft Powerpoint serta Multimedia menari dan menyanyi kanak-kanak
21 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 20 Oktober 2017 telah diadakan pembelajaran ICT yang bertajuk Pengenalan dan ulangkaji kepada Microsoft Powerpoint untuk adik-adik darjah 1 dan darjah 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.
Pembelajaran kali ini merupakan sambungan kepada pembelajaran yang lepas, yang mana pada kali ini adik-adik akan sambung membuat slide persembahan powerpoint mengenai “Anggota Badan Saya”. Pada kali ini, adik-adik diajar cara-cara untuk meletakkan animasi dan transitasi kepada setiap slide persembahan mereka. Adik-adik yang berjaya memasukkan transitiasi dan animasi ke dalam slide mereka perlu menyimpan hasil kerja mereka untuk sesi pembelajaran seterusnya, yang akan disambung pada kelas yang akan datang.
Di samping itu juga, terdapat aktiviti sampingan untuk adik sebelum tamat kelas ICT iaitu tayangan video menari dan menyanyi kanak-kanak untuk menghiburkan adik-adik setelah menyiapkan slide persembahan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: