Pengenalan kepada Microsoft Word
7 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 6 Oktober 2017, telah diadakan pembelajaran Pengenalan kepada microsoft word untuk warga Emas. Kelas ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Kelas kali ini ada penambahan peserta, Alhamdulillah kelas ICT telah mendapat sambutan dalam kalangan warga Emas. Melalui Pembelajaran yang lepas, peserta telah diajar menaip, menukar tulisan,saiz tulisan dan memasukkan bullet. Pembelajaran kali ini, mengulangkaji pembelajaran yang lepas dan tambahan ilmu adalah menukar warna background dan memasukkan bolder. Teruja peserta-peserta dapat mencantikkan dokumen yang mereka siapkan. Peserta turut diajar cara-cara menyimpan dokumen word mereka dalam Komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: