Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 kali ke 26
05 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 April 2017, PI Pasoh 2 telah menghadiri Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 kali ke 26 (2017) bertempat di Sekolah Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Mesyuarat kali ini, telah dirasmikan oleh Encik Aziz bin Md Isa, Pengurus Felda Pasoh 2. Antara agenda mesyuarat ialah perbincangan mengenai peranan ibu bapa,aktiviti tahunan tabika KEMAS Pasoh 2,perlantikan jawatan kuasa baru dan cadangan untuk penambahbaikan tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Staff PI pasoh 2 telah dilantik sebagai salah seorang jawatan kuasa baru tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bagi sesi 2017/2018. PI Pasoh 2 turut mencadangkan agar murid-murid tabika KEMAS menghadiri kelas ICT pada setiap bulan supaya mereka celik IT.
PI mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tabika KEMAS Felda Pasoh 2 kerana telah menjemput PI Pasoh 2 untuk menghadiri mensyuarat Agung kali ini. Di samping itu, PI ingin megucapakan tahniah kepada ibu bapa yang memberi komitmen hadir ke mesyurarat ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: