Program Bersama TABIKA KEMAS Felda Pasoh 2 (“Pengenalan apa itu computer?”, E-Learning, Multi Media)
08 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2017, PI Pasoh 2 telah menerima kunjungan dari Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Program bersama adik-adik tabika ini bermula dari 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. PI telah memberi pendedahan ICT kepada adik-adik tabika KEMAS mengenai pengenalan kepada PC hardware iaitu pengetahuan asas mengenai computer seperti monitor, tetikus dan lain-lain. Selain itu, pembejaran mengenai Multi Media tayangan video untuk kanak-kanak. Di samping itu juga, pembelajaran melalui E-Learning adik - adik tabika KEMAS berpeluang mewarna di dalam website.
PI Pasoh 2 sangat teruja atas kunjungan adik-adik tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Kesempatan ini, PI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu tabika KEMAS Felda Pasoh 2 iaitu puan Norlida binti Mansor kerana memberi ruang untuk PI memberi tunjuk ajar kepada adik-adik mengenai dunia ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: