Multimedia (Video pengajaran) & Education Games (Subjek Bahasa Melayu & Sains)
06 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 5 Ogos 2017 telah diadakan: Multimedia Video pengajaran & Education Games untuk subjek Bahasa Melayu & Sains. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2.
Pembelajaran dimulakan dengan education games melalui Apps quizzes bersama adik –adik tahun 3 dan 4. Subjek yang pertama adalah Bahasa Melayu kategori simpulan Bahasa. Melalui games ini adik-adik dapat bersaing dengan rakan-rakan lain. Terdapat juga aktiviti sampingan untuk adik-adik iaitu tayangan video pengajaran tentang kasih seorang ibu. Seterusnya pembelajaran diteruskan lagi dengan subjek sains tahun 3 & 4. Setelah selesai menjawab semua soalan dan mengetahui markah adik-adik. Sesi ulangkaji soalan telah dibuat bersama untuk memastikan adik-adik faham dengan soalan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: