E-Usahawan – Business Online “facebook page”
03 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas E-Usahawan ini diadakan bagi membantu usahawan setempat mempromosikan produk perniagaan mereka malalui media sosial. Berikut merupakan pembelajaran membuat facebook page untuk usahawan tempatan di Pasoh 2. Pembelajaran ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2 dan berlangsung selama 2 jam. Bermula dari 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Usahawan telah diberi bimbingan menghasilkan facebook page, muat naik gambar ke dalam page, menjemput rakan-rakan facebook menyukai facebook page tersebut serta mempromosikan produk peniagaan yang diusahakan oleh usahawan. Di samping itu juga, usahawan turut diajar cara-cara mengemaskini facebook page menggunakan telefon pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: