Pengenalan Kepada Email & Education Games
20 November 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 19 November 2017 telah diadakan pembelajaran ICT yang bertajuk Pengenalan Kepada Email & Education Games untuk adik-adik darjah 4. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Pembelajaran kali ini adalah mengenai penghantaran dokumen melalui Email kepada penerima. Pembelajaran sebelum ini, adik-adik telah diajar cara-cara membuka akaun Email personal, untuk kali ini adik-adik akan refresh semula dalam pembelajaran kali ini iaitu cara-cara menghantar dokumen menggunakan Email. Adik-adik diajar cara attach dokumen yang diperlukan kepada penerima.
Kemudian, adik-adik diberi pendedahan mengenai cara-cara untuk mencari Email penerima untuk menghantar dokumen kepada penerima. Di samping itu juga, adik-adik diajar cara untuk membuat grouping chat menggunakan Email. Kini adik-adik tahun 4 telah mempunyai grouping chat dan ini memudahkan mereka untuk berbincang mengenai kelas ICT di PI. Sebelum kelas berakhir, adik-adik diberi peluang untuk games typing test. Siapa kata kelas ICT untuk belajar mengenai aplikasi sahaja? Macam-macam games yang menarik PI sediakan untuk adik-adik menjadi mahir dengan ICT. Mudah-mudahan adik-adik memanfaatkan setiap ilmu ICT yang telah diberikan oleh PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: