E-Usahawan – Pengenalan Kepada Facebook Page
24 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniKelas E-Usahawan yang dianjur oleh PI bertujuan untuk membantu usahawan mempromosikan produk usahawan dan memperluaskan perniagaan usahawan untuk membantu usahawan-usahawan lain. Pada 23 Disember 2017, telah berlangsung kelas E- Usahawan bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini membantu usahawan-usahawan dalam komuniti yang masih baru dalam bidang perniagaan untuk mempromosikan produk mereka melalui media sosial seperti Personal Facebook dan facebook Page.
Pembelajaran kelas E-Usahawan ini bertujuan memberi ilmu kepada usahawan-usahawan untuk membuat facebook page perniagaan mereka. Usahawan-usahawan diajar cara-cara memasukkan gambar produk, penggunaan hashtag, kemaskini page mengenai maklumat perniagaan serta produk dan hal-hal yang berkaitan dengan produk mereka. Disamping itu juga, mereka turut diajar cara-cara untuk menguruskan page perniagaan mereka menggunakan smartphone. Hal ini amat memudahkan usahawan untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih pantas di sosial media. PI berharap dengan adanya kelas usahawan ini dapat membantu usahawan-usahawan dalam komuniti untuk memperluaskan perniagaan mereka. PI juga amat mengalu-alukan usahawan-usahawan lain untuk berkunjung ke PI dan menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: