Pengenalan Microsoft Publisher – Kad Perniagaan
13 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 12 Ogos 2017 telah diadakan Pengenalan Pengenalan Microsoft Publisher iaitu Kad Perniagaan. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2, bermula dari 10 .00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Kelas kali ini melibatkan adik-adik darjah 3 dan 4. Pembelajaran Microsoft Publisher minggu ini adalah kad perniagaan. Adik-adik perlu membuat kad perniagaan mereka. Sebelum adik-adik membuat design kad perniagaan mereka, tenaga pengajar menunjukkan contoh kad perniagaan daripada Microsoft Publisher dan menerangkan kepada adik-adik kegunaan kad perniagaan. Adik-adik telah diajar cara-cara untuk membuat kad perniagaan, apa yang perlu ada dalam kad tersebut, cara-cara meletakkan logo, menukar warna kad dan memasukkan background kad perniagaan bagi menampakkan kad kelihatan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: