PI at Mesyuarat AJK TABIKA KEMAS Felda Pasoh 2 (Advokasi “Check Your Label & Mobile E-Waste”)
15 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2017, PI Pasoh 2 telah menghadiri mesyuarat AJK Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Mesyuarat ini bertujuan untuk merancang aktiviti tahunan untuk anak-anak tabika KEMAS. Mesyuarat ini telah dihadari oleh ahli jawatankuasa tabika KEMAS yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga anak-anak tabika KEMAS. Di samping itu juga, PI turut mengedarkan risalah “Check you Label & Mobile E-Waste” dan memberi penerangan mengenai risalah tersebut kepada semua ahli jawatankuasa. Setelah selesai, semua dijamu dengan juadah minum petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: