Perasmian Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, Rembau
12 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 11 November 2017, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, Rembau telah berlangsungnya Perasmian Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Rembau. Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2 bersama Pusat Ekonomi Digital Negeri Sembilan di bawah MAXIS turut terlibat menjayakadbn majlis tersebut. Program bermula pada jam 10. 00 pagi hingga 5.00 petang.
Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pendaftaran ahli Pusat Ekonomi Digital secara percuma, pemeran agensi-agensi kerajaan, pameran produk-produk usahawan,cabutan bertuah dan jualan food truck. Disamping itu, terdapat juga aktiviti mewarna untuk kanak-kanak tabika dan pertandingan melukis menggunakan Netbook untuk adik-adik sekolah rendah. Terdapat juga aktiviti Klik Dengan bijak (KDB) explorace yang telah disertai oleh adik-adik sekolah menengah. Manakala terdapat juga aktiviti gubahan tuala yang telah disertai oleh komuniti setempat.
Selain daripada itu, terdapat juga ceramah Advokasi untuk para pengunjung sebelum majlis perasmian bermula. Pada jam 4.00 petang perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Brig. Jen. Khairy Jamaluddin dan terdapat acara penyampaian hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah Mega. Selesai acara penyampaian hadiah, sesi lawatan ke dalam Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan.
Terdapat 2 aktviti yang telah diadakan semasa sesi lawatan iaitu E-Class yang disertai oleh adik sekolah menengah dan kelas keusahawanan yang melibatkan usahawan Pusat Ekonomi Digital Negeri Sembilan (MAXIS). Sehubungan dengan ini, Pusat Ekonomi Digital ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Perasmian Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: