Promosi Produk Usahawan
03 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniKelas E-Usahawan yang dianjur oleh PI bertujuan untuk membantu usahawan mempromosikan produk usahawan dan memperluaskan perniagaan usahawan untuk membantu usahawan-usahawan lain. Pada 2 Disember 2017, telah berlangsung kelas Promosi Produk Usahawan bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Promosi produk usahawan merupakan salah satu program yang PI tawarkan kepada usahawan untuk mereka memperluaskan perniagaan mereka. Di samping itu juga, usahawan boleh memberi peluang kepada komuniti lain untuk menyertai perniagaan. Para usahawan diberi ruang untuk menambah ilmu pengetahuan melalui ketua mereka yang boleh memberi semangat motivasi kepada usahawan, memberi bimbingan untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan. terdapat modul-modul yang telah disampaikan kepada semua usahawan yang terlibat. Dengan adanya peluang sebegini usahawan-usahawan yang ada akan lebih berkeyakinan dan semakin bersemangat untuk perniagaan mereka. Sebelum ini, usahawan mengalami kekangan untuk bergerak ke tempat-tempat luar kawasan setempat untuk menimpa ilmu pengetahuan, sekarang dengan adanya kemudahan di PI sangat memudahkan usahawan setempat untuk menimba ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: