PI @ Sambutan Hari Kebangsaan (Senam Sihat & Mewarna)
26 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniSempena bulan Kemerdekaan ini PI Pasoh 2 berkesempatan untuk bekerjasama dengan Persatuan Belia Felda Pasoh 2 untuk Program Sambutan Kemerdekaan Sehati Sejiwa 60 Tahun dan penubuhan 42 Tahun Pasoh 2. Program ini bermula daripada 7.30 pagi sehingga 12.00 malam. PI terlibat dalam sesi senam sihat, 1000 ribu langkah dan pertandingan mewarna kanak-kanak bawah 6 tahun dan kanak-kanak sekolah rendah bawah 12 tahun.
Program senam sihat bermula pada jam 7.30 pagi dan diteruskan dengan 1000 ribu langkah. Manakala pertandingan bermula daripada 9.00 hingga 10.00 pagi. Di samping itu juga, PI mengambil peluang untuk menyedarkan brosur advokasi kepada pengunjung yang hadir. Dikesempatan ini, PI ingin mengucapkan salam kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: