Kelas ICT – Advocacy ‘Integriti (Bawah 12 Tahun)
16 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Kelas ICT dibahagikan mengikut kategori umur antaranya bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan dewasa. Pada 15 januari 2017 telah diadakan kelas ICT “Advocacy -Integriti” Kategori Bawah 12 tahun.
Kelas ICT “Advocacy -Integriti” ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, selama 2 jam bermula dari 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pembelajaran mengenai integriti kepada peserta dengan tayangan dengan satu video mengenai integriti di tempat kerja.. Melalui video tersebut peserta perlu memperhatikan tingkah laku yang berkaitan dengan nilai integriti yang terdapat di dalam video tersebut. Selain itu, peserta turut diperjelaskan mengenai maksud integriti dan nilai-nilai integrity. Di samping itu juga,terdapat aktiviti sampingan untuk peserta bagi menceriakan pembelajaran kelas tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: