Advocacy – Usaha Tangga Kejayaan & Pengenalan PowerPoint (Bawah 12 Tahun)
13 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Kelas ICT dibahagikan mengikut kategori umur antaranya bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan dewasa. Pada 12 Mac 2017 telah diadakan kelas ICT “Advocacy – Usaha Tangga Kejayaan & Pengenalan Powerpoint”.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, selama 2 jam bermula dari 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pembelajaran pertama adalah berkaitan dengan advokasi melalui iklan di youtube mengenai orang yang berusaha untuk Berjaya. Setelah selesai menonton iklan tersebut, adik-adik akan diberi peluang untuk menceritakan mengenai nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam iklan tersebut. Setelah selesai advokasi, pembelajaran diteruskan lagi dengan pengenalan kepada powerpoint. Adik-adik diajar cara-cara untuk memilih design dan layout, memasukkan wordart dan memasukkan gambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: