Pengenalan Microsoft Publisher, Education Games and Moral Video
24 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Kelas ICT dibahagikan mengikut kategori umur antaranya bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan dewasa. Pada 23 April 2017 telah diadakan kelas Pengenalan Microsoft Publisher, Education Games and Moral Video.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, selama 4 jam bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Kelas Microsoft Publisher merupakan pembelajaran yang berkaitan penerbitan seperti membuat risalah, kad hari lahir, kad nama dan sebagainya. Di samping itu juga, terdapat aktiviti sampingan untuk adik-adik seperti Education Games Oh My English untuk menguji penguasaan Bahasa inggeris peserta. Selain itu, tayangan video pendek yang bermoral menngenai nilai kasih sayang telah dipersembahkan kepada peserta dan terdapat perbincangan mengenai nilai murni yang terdapat dalam video tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: