Latihan Membuat Surat Rasmi & toturial membuat Origami Kertas
24 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik sekolah rendah. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Pada kelas kali ini, adik-adik diberi latihan untuk menaip surat rasmi. Melalui latihan ini, adik-adik dapat belajar mengenai surat rasmi, mengetahui format surat rasmi yang betul dan tahu cara membuat surat rasmi menggunakan Microsoft word.
Pembelajaran yang seterusnya adalah membuat origami kertas iaitu origami katak. Tenaga pengajar dan adik-adik membuat origami berdasar video toturial yang menunjukkan cara-cara menghasilkan origami katak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: