Advokasi Bersama AADK Jelebu

25 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2018, Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2, 3 dan 4 berkesempatan menyampaikan advokasi di dalam Program yang dianjurkan oleh AADK Jelebu bertempat di Rumah Komuniti AADK Felda Pasoh 4. Pusat Ekonomi Digital telah menyampaikan ceramah advokasi mengenai Parent control dan check your label. Sesi Ceramah advokasi ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Setelah selesai sesi ceramah terdapat sesi soal jawab bersama peserta. Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan dapat digunakan untuk tujuan keselamatan, bagi pengguna internet pada zaman ini. Dikesempatan ini, Pusat Ekonomi Digital ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AADK Jelebu kerana menjemput Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2, 3 dan 4 bagi menyampaikan ceramah advokasi kepada semua peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali