Video Tutorial & Education Games
05 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik tahun 3. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Pembelajaran dimulakan dengan senaman minda bersama adik-adik. Seterusnya, membuat DIY origami kertas Baju Kemeja berpandukan video tutorial DIY di youtube. Pembelajaran seterusnya adik-adik bermain dengan aplikasi kahoot yang sangat menyeronokkan di mana adik-adik bersaing bersama rakan-rakan lain untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan dalam kahoot.
Kali ini, adik-adik bersaing untuk matapelajaran Bahasa melayu, pendidikan islam, sains dan matematik. Di samping dapat belajar mengenai aplikasi untuk pembelajaran, adik-adik juga dapat mengulangkaji matapelajaran yang dipelajari di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: