Pengenalan Kepada Microsoft Publisher Serta Senaman Minda & English Conversation
04 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik sekolah rendah. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajaran utama, adik-adik akan melakukan senamam minda. Setelah selesai, adik- adik menonton video English Conversation. Video ini sangat menarik dan sesuai untuk adik-adik memperbaiki Bahasa Inggeris kerana penggunaan ayat dalam video ini mudah untuk difahami.
Pembelajaran yang seterusnya adalah Pengenalan kepada Microsoft Publisher yang mana adik-adik akan menghasilkan Lesson Plan. Adik-adik diberi penerangan mengenai lesson plan dan kegunaannya. Di samping itu, adik-adik turut diberi contoh cara-cara membuat lesson plan dan menghias lesson plan mereka untuk kelihatan cantik dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: