Senaman Minda & Frog VLE Games & Pengenalan Kepada Microsoft Publisher
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik tahun 3 dan tahun 4. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajaran utama, adik-adik akan melakukan senamam minda. Setelah selesai, adik-adik diberi peluang untuk bermain games dalam Frog VLE. Bentuk-bentuk games dalam Frog VLE ini sangat menarik dan berbentuk pembelajaran yang dipelajari di sekolah.
Pembelajaran seterusnya adalah Pengenalan kepada Microsoft Publisher, adik-adik perlu menyiapkan lesson plan mereka. Adik-adik telah mempelajari cara-cara memasukkan kotak ke dalam lesson plan, memasukkan gambar latar belakang untuk menghias lesson plan mereka. Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya menyiapkan lesson plan yang sangat menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: