Aktiviti Bersama Tabika KEMAS (FUN with E-Learning)
18 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2018, telah diadakan Aktiviti Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2. Aktiviti ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Pembelajaran kali ini adalah adalah mengenali warna dan bentuk. Sebelum memulakan pembelajaran utama, adik –adik tabika KEMAS berhibur dengan lagu Didi & Friends. Pada permulaan adik-adik mengenal warna melalui objek dan melalui nyanyian lagu berkaitan warna.
Selain daripada itu, adik-adik belajar mengenali bentuk. Bagi menguji kefahaman adik-adik terhadap bentuk dan warna adik-adik akan melihat bentuk di skrin dan menyebut bentuk tersebut. Di samping itu, adik-adik turut bermain permainan kotak beracun di mana adik-adik yang dapat kotak beracun tersebut perlu membuat bentuk menggunakan tanah liat. Alhamdulillah adik-adik tabika KEMAS sudah mengenali warna, bentuk dan tahu untuk membuat bentuk tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: