Internet Safety With Interland Games

05 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 November 2018, telah diadakan Kelas ICT mengenai Internet Safety with Interland Games bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 5. Kelas kali ini peserta belajar mengenai keselamatan di internet. Menariknya pembelajaran kali ini peserta belajar daripada website google melalui Interland Games.

Dalam Website ini peserta akan bermain sambil belajar mengenai "Internet Safety" yang mana peserta perlu menjawab soalan-soalan yang berkaitan keselamatan di internet melalui pelbagai situasi di dalam games tersebut. Interland games ini juga secara tidak langsung memberi pengetahuan kepada peserta mengenai hacker, keselamatan kata laluan, perkongsian maklumat dan pelbagai lagi. Melalui games ini peserta secara tidak langsung dapat belajar dan mempraktikkan keselamatan semasa melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali