Pengenalan Kepada Emel & Education Games: Kahoot & Typing Speed
06 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik sekolah rendah bagi tahun 5 dan tahun 6. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Pembelajaran pertama adalah Pengenalan kepada emel. Adik-adik telah mempelajari cara-cara membuat akaun personal emel. Di samping itu, adik-adik turut belajar cara-cara untuk menghantar emel serta menghantar dokumen menggunakan emel, membuat group chat emel bersama rakan-rakan lain.
Selain itu, adik-adik turut bermain dengan aplikasi kahoot untuk mengulangkaji pelajaran Bahasa Inggeris. Aktiviti sampingan untuk adik-adik dipenghujung kelas adik-adik bermain dengan permainan online iaitu typing speed challenge di mana adik-adik perlu menaip dengan pantas dan tepat perkataan-perkataan Bahasa Inggeris untuk memenangi permainan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: