Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint Serta Senaman Minda & Quizizz
05 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik darjah 5 dan darjah 6. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajaran utama, adik-adik akan melakukan senaman minda. Setelah selesai. Adik-adik akan menjawab kuiz mata pelajaran matematik dan Bahasa Inggeris melalui website quizizz yang mana adik-adik boleh bersaing dengan rakan-rakan lain.
Seterusnya, adik- adik akan menghasilkan slide persembahan ‘Jenis-Jenis Bunga’ menggunakan Microsoft powerpoint. Adik-adik turut belajar cara-cara mencari maklumat mengenai jenis-jenis bunga menggunakan google dan menggerakkan tulisan, bentuk dan gambar pada slide persembahan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: