Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint & Quizizz
07 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik tahun 5 dan tahun 6. Kelas ini bermula dari jam 3.00-petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran utama adalah sambungan kepada pembelajaran kelas yang terdahulu, adik-adik perlu menyiapkan slide persembahan “Jenis-Jenis Bunga”dan menghias persembahan dengan memasukkan gambar, edit gambar tersebut dan memasukkan pergerakan animasi dan transitasi ke dalam persembahan mereka.
Seterusnya, aktiviti sampingan untuk adik-adik adalah quizizz untuk matapelajaran sains dan matematik. Di samping belajar melalui ICT, adik-adik juga dapat meningkatkan kefahaman terhadap matapelajaran yang mereka pelajari di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: