Video Toturial & Pengenalan kepada Microsoft Word
20 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT yang bertajuk Video Toturial dan Pengenalan kepada Microsoft Word di dalam kelas ICT di PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00-petang hingga 5.30 petang. Kelas ini adalah kelas bagi pelajar tahun 1 dan dan tahun 2. Pembelajaran dimulakan dengan video nyanyian baby Shark dan video senaman minda.
Adik-adik akan melakukan senaman minda sebelum memulakan pembelajaran seterusnya. Pembelajaran dimulakan fungsi-fungsi papan kekunci. Seterusnya, adik-adik adik-adik akan belajar asas mengenai microsoft word seperti memilih tulisan, menukar warna tulisan, menggunakan wordart dan memasukkan bentuk. Disamping itu, mereka juga diberi latihan menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: