Program Komuniti “Jamuan Hari Raya Sek Keb Pasoh 2 (F)
02 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Julai 2018, Pusat Ekonomi Digital berkesempatan berkunjung ke Jamuan Hari Raya anjuran Sek Keb Pasoh 2 (F) yang telah diadakan di Dewan Terbuka Sekolah. Semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid terlibat memeriahkan majlis tersebut. Dengan bertemakan pakaian hari raya dan pelbagai makanan yang dihidangkan oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid bersama-sama kepada tetamu yang dapat memperlihatkan ukhuwah ibu bapa dan penjaga dengan para guru amat akrab sekali. Pusat Ekonomi Digital ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak sekolah atas undangan Jamuan Raya tahun ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: